Wednesday, August 5, 2009

Meminta-minta

Tuhan!
Semalam aku blog hopping
Luasnya dunia mu Tuhan

aku lihat rumah yang cantik
Berikanku rumah sebegitu Tuhan

aku lihat anak orang berjaya
jadikan anakku sebegitu Tuhan

aku nampak orang banyak duit
akupun mahu, berikanku Tuhan

aku lihat kerjaya yang hebat
akupun mahu, berikanku Tuhan

aku lihat kasih sayang satu keluarga
amat akrab dan sentosa
tiba2 air mataku menitis
aku nakkan segalanya
untuk apa?

aku terasa ...
yang penting sebenarnya keluarga
bahagia, bersama ...

aku ada itu semua
cukup bagiku Tuhan
terima kasih!!
aku takkan meminta2 lagi ...

No comments: