Monday, October 5, 2009

Mama kembali lagi
anakku ...
untuk terus menghitung hari
membilang saat yang pergi
bersama bayangan mu

Rintihku kini kelesuan
Kejamkah aku
seolah menyesali waktu
kerana menjarakkan kita
anakku

Jauh perjalananmu
tidak kesampaian
tidak kecapaian
kejamkah aku
jika menutup waktu
meletakkan noktah di hujung waktu

kejamkah mama mu?


No comments: