Wah, cadangnya mama nak post hari-hari. Rupa-rupanya, jadi angan-angan je ...
Pandang kiri, ada something nak dibuat. Pandang kanan, pun ada something else yang perlu dibereskan. Depan, belakang, semuanya mengharapkan mama.
Halamak! Bunyi macam complen ke? Taaak ... just stating a fact! An absolute fact!
Dalam sibuk-sibuk, mama sempat surf internet, hop sana sini ... Macam-macam mama jumpa ...
Mama lebih minat dengan page remaja-remaja ... Lagi macam-macam mama jumpa! Anak-anak mama ni rupa-rupa bijak menuturkan perihal perbuatan yang selama ini para mama struggle untuk menyekat dan menghalangnya dari bermaharaja lela dalam diri anak-anak.
Kurang faham? 'Be direct' is the best polisi. Mama tak payah berbasa basilah. Straight to the point, kamu semua ni sewenang-wenangnya bercerita tentang perkara-perkara yang dianggap kurang sesuai untuk kamu. Seolah-olah memang you know what u are talking about. Mahir!
Eeee ... Menakutkan nih! Kamu bercakap tentang keasyikan merokok, shisha, ..., ..., #@*^%"#@*^%. Ishh ... Mama tersentak (nak terkeluak bijik mata) bila kamu bercerita dengan jelas dan ikhlas (agaknya).
So mama wonder, di mana silapnya mama? Kenapa mereka melakukan ini semua? Dan mereka publish semuanya untuk tatapan segenap ceruk dunia. Tahukah mereka erti 'public'. The cyber space is very public. Sedarkah mereka dengan siapa mereka berkongsi cerita-cerita mereka? Bangga? Ignorance?
Mama tidak boleh menyekat penggunaan internet para remaja. Dan mama tidak mahu berbuat demikian. Teknologi dan pengetahuan baik untuk semua. Cuma mama harap anak-anak mama lebih berhati-hati menggunakan kemudahan yang diberi. Fikirkan implikasi terhadap diri dan keluarga dan mungkin juga orang lain yang membaca tulisan anda ...
Mencurah perasaan itu perlu. Tapi perlukah dicanang ke seluruh dunia? Jangan buka pekung di dada.
Mama rasa anak-anak mama tahu membezakan mana yang betul-betul private dan mana yang boleh dipaparkan di dada cyber. Yang private tu, contenglah tapi simpanlah sebagai draf aje - tok sahlah publish for the others to sneer and snicker. No, it is unacceptable!
No comments:
Post a Comment